Wednesday 16 December 2015

MAT MOTO vs MAT MOTO









Jangan korang keliru pulak sebab nanti akan ada dua movie Malaysia dengan tajuk yang sama tapi mempunyai jalan cerita yang tersendiri dan ditayangkan pada tarikh yang berbeza. Walaupon tak sama, agak rapat jugak la. Satu filem adalah arahan Ahmad Idham dan satu lagi arahan Pekin Ibrahim.

Pernah ada kontroversi di antara mereka berdua, sebelum ini di mana idea asal milik Pekin tidak diterima oleh Ahmad Idham dan bila Pekin cuba bawa idea dia sendiri, Ahmad Idham tiba-tiba ingin membuat filem dengan tajuk yang sama, Tidak teragak-agak Ahmad Idham ni kan?

Baru-baru ini kedua-dua filem ada release trailer dan ternyata trailer filem arahan Pekin Ibrahim lebih mendapat sambutan. Congrat sesungguhnya orang yang ikhlas selalu menang, betul x? Dia ni pun rileks je sebab dia cakap rezeki itu masing-masing dan terpulang pada peminat untuk memilih.

Filem Mat Moto (Ahmad Idham) di barisi pelakon Niezam Zaidi, Along Eyzendy, Pablo Amirul, Elly Feliziana dan akan ditayangkan pada 24 Disember 2015.

Filem Mat Moto (Pekin Ibrahim) akan dilakonkan oleh Pekin Ibrahim, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Faizal Hussein, Rosyam Nor, Cat Farish dan akan berada di pawagam pada 14 Januari 2016.

No comments:

Post a Comment